Make your own free website on Tripod.com
Apakah dia kerak bumi ?
 
 
 
     Bumi terdiri daripada beberapa lapisan sfera yang sepusat. Lapisan yang di luar sekali di namakan kerak bumi atau lithosfera. Ketebalannya antara 5 km - 65 km. 

 

     Kerak bumi terdiri daripada dua lapisan yang nyata di mana di bahagian atasnya terdiri daripada batu-batu granit yang membentuk benua-benua. Bahan-bahan logam  utama yang terdapat di dalamnya ialah silika dan aluminium lalu keseluruhannya dinamakan sial. Ketumpatan bandinganya ialah 2.6 - 2.7. 
    Manakala di bahagian lapisan bawah terdiri daripada batu-batu basalt yang lebih tumpat dan membentuk dasar lautan. Bahan-bahan logam  utama yang terdapat di dalamnya ialah silika, magnesium dan besi lalu keseluruhannya dinamakan sima.Ketumpatan bandinganya ialah 2.8 - 3.0 
 
 [....MENU UTAMA....] [....TAMAT....]