Ekonomi
Tanah Dan Bekalan Air
Pertanian dan pembangunan sesuatu kawasan bergantung pada tanah di kawasan
tersebut. Jenis tanih ditentukan oleh jenis batu induk. Kawasan yang mempunyai
batu-batan yang keras dan telah mengalami sedikit hakisan tidak sesuai
untuk pertanian dan penduduknya juga kurang. Batu-batan muda menghasilkan
tanih yang subur dan sangat sesuai untuk pertanian serta secara tidak langsung
akan menarik lebih ramai penduduk ke kawasan ini. Sifat batu-batan juga
mempengaruhi bekalan air di sesuatu kawasan. Faktor-faktor seperti jenis
rekahan di dalam batu batan, ketelapan, jenis lapisannya dan batu induk
akan mempengaruhi peredaran air dalam tanahy pembentukan mata air dan saliran
kawasan itu. Kawasan yang mempunyai air dalam tanah yang banyak sesuai
untuk petempatan. Kolam air buatan atau semula jadi hanya boleh dibina
di lembangan lembangan yang mempunyai batu md keras di bawahnya untuk mengelakkan
tirisan.
Bahan Api
Kandungan galian dan organan di dalam batu batan menyebabkannya sangat
bernilai daripada segi ekonomi. Batu-batan yang boleh digunakan sebagai
bahan api ialah gambut, arang batu perang (lignit), bitumen dan arang batu
wap, antrasit dan minyak galian. Bahan api ini dijadikan sebagai sumber
haba dan tenaga di rumah dan di kilang kilang. Pengkarbonan arang batu
menghasilkan arang kok dan gas arang batu. Arang kok digunakan di relau
bagas, manakala gas aran batu di unakan di rumah untuk memasak. Arang batu
melalui proses pemisahan kimia boleh menghasilkan lebih kurang 200, 000
hasil sampingan seperti tar, minyak wangi, racun rumpai, baja, racun serangga
dan bahan letupan. Minyak galian pula menghasilkan petroleum yang sangat
penting untuk perusahaan pengangkutan dunia. Plastik adalah hasil sampingan
petroleum yang boleh dijadikan berbagai barang kerana ia ringan dan tahan
lama.
Pembinaan
Terdapat banyak batu batan yang boleh digunakan sebagai bahan pembinaan.
Contohnya granit, batu kapur, batu pasir, marmar dan slat. Granit (batu
igneus keras) digunakan untuk membina jalan raya, membuat batu penggiling
dan batu pengasah. Batu kapur digunakan sebagai baja, untuk membina jalan
raya, membuat gelas dan simen. Batu kapur, pasir, lumpur, kapur dan tanah
liat penting sebagai bahan mentah membuat simen. Pasir juga digunakan di
dalam relau bagas dan untuk membuat gelas. Tanah liat digunakan untuk membuat
periuk belanga.
Perusahaan
Batu-batan mengandungi berbagai jenis garam yang boleh digunakan dalam
perusahaan. Garam-garam ini biasanya terdapat dalam timbunan yang banyak.
Contohnya pemendapan fosfat yang banyak di Maghribi dan Tunisia, kalium
karbonat (potash) di Sttassfort dan nitrat di Gurun Atakama. Garam terdapat
di Tasik Garam Besar di Amerika Syarikat dan pantai Laut Mati.
Logam
Batu batan juga kaya dengan kandungan logam. Bijih logam lazimnya didapati
di celahan atau alur di dalam rekahan dan lubang batu-batan. Bijih logam
boleh dihasilkan daripada haba yang kuat dan pemampatan. Haba ini diperolehi
dari tindakan gas yang sangat panas, magma dari jalar dalam gunung berapi.
Bijih logam juga terdapat dalam magma yang cair. Apabila magma ini keluar
dan memasuki lubang lubang batu, ia akan menyejuk perlahan-lahan mem~ bentuk
alur bijih atau celahan. Perlombongan bijih logam dijalankan di kawasan-
kawasan yang mempunyai logam yang banyak dan boleh didapati dengan mudah
dan murah. Contohnya, di Afrika Selatan, Perisai Kanada, Daerah Katanga
di Congo dan Australia Barat dan Tengah. Terdapat galian-galian seperti
bijih besi dan bauksit yang menggalakkan pembentukan perusahaan-perusahaan
besar seperti di Timur-laut Amerika Syarikat dan Pennsylvannia. Terdapat
juga bijih logam yang dihanyutkan dari tanah tinggi ke dasar sungai. Contohnya
timah aluvium, emas dan platinum. Sifat terpilih pengangkutan dan pemendapan
air telah mengasing-asingkan bijih dan dimendapkan di dasar-dasar aluvium
atau kelikir. Pengasingan ini dipanggil lampan bijih. Contohnya timah aluvium
di sepanjang kaki bukit barat Semenanjung Malaysia dan emas aluvium di
sungai-sungai di barat daya Amerika Syarikat. Terdapat juga bijih logam
yang berpadu dengan unsur-unsur lain. Logam yang berpadu dengan oksigen
menjadi oksid timah. Contoh oksid timah seperti kasiterit, mangganam oksid
dan feras oksid (limonit, hematit dan magnetit).
Batu Permata
Batu metamorfik menghasilkan pelbagai jenis batu permata yang digunakan
untuk membuat barang kemas. Antaranya ialah intan, garnet, delima,
nilam dan zirkon.
Bentuk Muka Bumi
Batu-batan lembut seperti tanah liat dan kapur menghasilkan keadaan tanah
yang beralun kerana tidak tahan kepada hakisan dan luluhawa manakala batu-batan
yang boleh telap air dan larut seperti batu kapur dan kapur mewujudkan
permukaan bumi yang gersang dan tandus. Batu-batan keras seperti granit
dan batu pasir menghasilkan bentuk muka bumi yang kasap kerana tahan kepada
hakisan dan luluhawa dan batu-batan yang berlapis-lapis dengan jaluran
jaluran keras dan lembut pula menghasilkan pemandangan darat yang bertingkat-tingkat.