![]() |
|
Bentuk
pinggir laut sentiasa berubah disebabkan oleh tindakan ombak, pasang surut
dan arus yang sentiasa berlaku di sini. Pada hari yang tenang apabila angin
kencang tidak bertiup, maka ombak tidak banyak merosakkan pinggir pantai.
Sebaliknya ombak itu mungkin akan membina pantai dan bentuk-bentuk pemendapan
yang lain. Ombak paling banyak membinasakan pinggir pantai pada waktu ribut.
Pasang surut dan arus yang melanda pantai tidak banyak melakukan kerosakan
kepada pinggir pantai. Pasang surut mempengaruhi hakisan laut manakala
arus pula membantu memindahkan puin-puin yang terhakis dan menimbunkannya
sebagai kelodak pasir dan batu kelikir di sepanjang pantai.
Ombak adalah agen hakisan dan pemendapan yang penting mengubah bentuk sesuatu
pinggir laut. Ombak terjadi akibat tiupan angin di permukaan laut. Tiupan
angin ini menyebabkan permukaan laut beralun. Alunan-alunan ini dipanggil
gelombang. Tiupan angin yang kuat akan menghasilkan gelombang-gelombang
yang lebih besar. Bila gelombang bertembung dengan kawasan daratan ia akan
pecah dan menghasilkan ombak. Gelombang-gelombang juga akan pecah bila
sampai ke kawasan yang cetek. Kekuatan hakisan ornbak bergantung kepada
kedalaman air dan sifat batuan di pinggir laut. Di kawasan air yang cetek,
gelombang-gelombang pecah sebelum sampai ke daratan sementara kawasan batuan
keras adalah lebih kukuh menahan tindakan ombak.
Hakisan ombak boleh berlaku melalui beberapa cara termasuk tindakan hidraul,
lelasan, lagaan, perlanggaran dan larutan. Ombak yang melakukan hakisan
dikenal juga sebagai ombak pembinasa.Tindakan hakisan ombak menghasilkan
beberapa bentuk muka bumi pinggir laut.
Ombak boleh bertindak sebagai agen pemendapan. Ombak ini dipanggil ombak
pernbina. Bila tenaga ombak berkurangan atau lemah bahan-bahan terhakis
akan dimendapkan. Pemendapan ombak berlaku sama ada di dalam lautan ataupun
di kawasan pesisir. Kawasan pesisir adalah kawasan di antara air surut
dan air pasang penuh. Pemendapan di kawasan pesisir menghasilkan pantai.
Cara-cara Hakisan Laut Berlaku
Ombak merupakan kuasa hakisan laut yang kuat sekali dan terjadi disebabkan oleh tiupan angin di permukaan air yang membentuk satu siri alunan gelombang yang bergerak ke hadapan. Ha.l ini menyebabkan gelombang-gelombang ini menjadi lebih tinggi dan lebih deras. Ombak biasa di lautan lepas mungkin berukuran setinggi 6 m (20 kaki) sahaja (ukuran tegak di antara puncak dan lekung ombak) dan panjangnya 120 m (400 kaki), jarak gelombang atau jarak melintang di antara dua puncak ombak. Ukuran-ukuran ini akan bertambah bila ribut berlaku. Ini bergantung pula kepada kelajuan dan lamanya angin itu bertiup. Setibanya di perairan cetek dekat pinggir laut kelajuannya berkurangan dan ombak akan melengkung atau membias merentang jajaran pantai. Di perairan cetek, bila dalamnya kurang daripada ketinggian ombak, akan mengurangkan kemaraan ombak. Puncaknya akan bergulung dan memecah di pantai seperti kumpulan buih sebagai ombak pecah. Air yang menyerbu ke pantai dan menghempaskan puin-puin batu-batan ke daratan dinamakan damparan atau gedebur. Air itu akan turun semula ke laut sebagai ombak undur atau basuhan balik.. Satu lagi unsur hanyutan ke pinggir pantai ialah arus seret yang mengalir di bahagian dasar dari pinggir pantai ke laut. Arus ini mempunyai kuasa tarikan yang boleh membahayakan orang-orang yang mandi-manda di tepi laut.
Ombak
melakukan aktiviti hakisan di pinggir laut melalui beberapa cara iaitu
:
l. Lelasan.
Ombak
yang mengandungi puin-puin batu-batan yang berbagai saiz dan bentuk akan
menghempas dasar-dasar cenuram dan menghakisnya secara lelasan. Arus dan
pasang surut akan menyempurnakan kegiatan ini dengan memindahkan bahan-bahan
terhakis itu ke laut.
2. Hakisan laga.
Ombak
yang sentiasa melanda pinggir laut itu membawa bahan-bahan yang terdapat
di pantai yang berbagai bentuk dan saiz seperti batu tongkol, batu kelikir,
batu lada dan pasir halus. Bahan-bahan itu berlaga sesama sendiri
lalu pecah menjadi serpihan-serpihan yang lebih kecil dan halus. Bahan-bahan
yang dilagakan oleh ombak ke tebing cenuram dan sesama sendiri itu merupakan
satu-satunya faktor utama yang telah menghasilkan pasir halus yang telah
membentuk pantai-pantai yang biasanya merupakan tempat peranginan pantai
yang baik.
3. Tindakan hidraul.
Bila ombak memukul pantai, ombak ini mungkin memasuki celah-celah retakan
dan rekahan batuan pada dinding-dinding cenuram. Udara yang terperangkap
di dalamnya akan serta-merta menjadi mampat. Apabila ombak rnengundur semula,
udara yang mampat ini mengembang dengan serta-merta dan terjadi suatu letupan.
Proses ini berlaku secara berterusan menjadikan retakan-retakan semakin
besar dan serpihan-serpihan batu-batan akan menjadi pecah.
4. Tindakan larutan.
Di pantai-pantai batu kapur, tindakan air laut terhadap kalsium karbonat
menyebabkan satu perubahan kimia berlaku pada batu kapur tersebut. Akhirnya
batu-batan ini akan luluh. Pembebasan karbon dioksida oleh rumpair
menambahkan keasidan air laut dan membantu proses larutan. Proses
ini hanya berlaku di kawasan-kawasan pantai batu kapur sahaja.
5. Pelanggaran
Pelanggaran air di kaki cenuram menghasilkan suatu daya yang kuat yang
boleh menghancurkan muka cenuram tersebut. Hakisan ombak ini boleh
menghasilkan bentuk muka bumi seperti teluk dan tanjung, gua, batu tunggul
dan tunggul sisa.
Kadar
hakisan laut bergantung kepada sifat batu-batuan, banyaknya bahagian-bahagian
batuan yang terdedah kepada laut, kesan-kesan tindakan pasang surut dan
arus serta struktur geologi. Pengaruh-pengaruh lain juga perlu dipertimbangkan.
Umpamanya, pengaruh kegiatan gunung berapi, pengglasieran, pergerakan bumi
dan pemendapan bahan-bahan organan di pantai.
Cara-cara mendapan Laut Berlaku
Seperti
agen-agen penggondolan yang lain, ombak juga melakukan proses pemendapannya.
Pemendapan ombak berlaku di kawasan pinggir laut yang terlindung. Biasanya
di pinggir laut begini, halaju ombak berkurangan kerana angin yang bertiup
adalah lemah. Keadaan sedemikian menyebabkan terjadinya ombak membina.
Ombak membina membawa beban dan dimendapkan di pinggir laut kerana damparannya
lebih kuat daripada basuhan balik. Dengan itu, bentuk-bentuk muka bumi
seperti pantai, tetanjung dan beting pasir terbentuk di pinggir laut.