Kepentingan Batuan
 
          Setiap batu-batan mempunyai kepentingannya sendiri. Batu-batan boleh mempengaruhi bentuk muka bumi,  kegiatan ekonomi dan corak petempatan. Terdapat dua pengaruh besar batu-batan kepada  kehidupan manusia iaitu dari segi ekonomi  dan bentuk muka bumi.

 Ekonomi

Tanah Dan Bekalan Air
            Pertanian dan pembangunan sesuatu kawasan bergantung pada tanah di kawasan tersebut. Jenis tanih ditentukan oleh jenis batu induk. Kawasan yang mempunyai batu-batan yang keras dan telah mengalami sedikit hakisan tidak sesuai untuk pertanian dan penduduknya juga kurang. Batu-batan muda menghasilkan tanih yang subur dan sangat sesuai untuk pertanian serta secara tidak langsung akan menarik lebih ramai penduduk ke kawasan ini. Sifat batu-batan juga mempengaruhi bekalan air di sesuatu kawasan. Faktor-faktor seperti jenis rekahan di dalam batu batan, ketelapan, jenis lapisannya dan batu induk akan mempengaruhi peredaran air dalam tanahy pembentukan mata air dan saliran kawasan itu.  Kawasan yang mempunyai air dalam tanah yang banyak sesuai untuk petempatan. Kolam air buatan atau semula jadi hanya boleh dibina di lembangan lembangan yang mempunyai batu md keras di bawahnya untuk mengelakkan tirisan.

Bahan Api
            Kandungan galian dan organan di dalam batu batan menyebabkannya sangat bernilai daripada segi ekonomi. Batu-batan yang boleh digunakan sebagai bahan api ialah gambut, arang batu perang (lignit), bitumen dan arang batu wap, antrasit dan minyak galian. Bahan api ini dijadikan sebagai sumber haba dan tenaga di rumah dan di kilang kilang. Pengkarbonan arang batu menghasilkan arang kok dan gas arang batu. Arang kok digunakan di relau bagas, manakala gas aran batu di unakan di rumah untuk memasak. Arang batu melalui proses pemisahan kimia boleh menghasilkan lebih kurang 200, 000 hasil sampingan seperti tar, minyak wangi, racun rumpai, baja, racun serangga dan bahan letupan. Minyak galian pula menghasilkan petroleum yang sangat penting untuk perusahaan pengangkutan dunia. Plastik adalah hasil sampingan petroleum yang boleh dijadikan berbagai barang kerana ia ringan dan tahan lama.

Pembinaan
            Terdapat banyak batu batan yang boleh digunakan sebagai bahan pembinaan. Contohnya granit, batu kapur, batu pasir, marmar dan slat. Granit (batu igneus keras) digunakan untuk membina jalan raya, membuat batu penggiling dan batu pengasah. Batu kapur digunakan sebagai baja, untuk membina jalan raya, membuat gelas dan simen. Batu kapur, pasir, lumpur, kapur dan tanah liat penting sebagai bahan mentah membuat simen. Pasir juga digunakan di dalam relau bagas dan untuk membuat gelas. Tanah liat digunakan untuk membuat periuk belanga.

Perusahaan
            Batu-batan mengandungi berbagai jenis garam yang boleh digunakan dalam perusahaan. Garam-garam ini biasanya terdapat dalam timbunan yang banyak. Contohnya pemendapan fosfat yang banyak di Maghribi dan Tunisia, kalium karbonat (potash) di Sttassfort dan nitrat di Gurun Atakama. Garam terdapat di Tasik Garam Besar di Amerika Syarikat dan pantai Laut Mati.

Logam
            Batu batan juga kaya dengan kandungan logam. Bijih logam lazimnya didapati di celahan atau alur di dalam rekahan dan lubang batu-batan. Bijih logam boleh dihasilkan daripada haba yang kuat dan pemampatan. Haba ini diperolehi dari tindakan gas yang sangat panas, magma dari jalar dalam gunung berapi. Bijih logam juga terdapat dalam magma yang cair. Apabila magma ini keluar dan memasuki lubang lubang batu, ia akan menyejuk perlahan-lahan mem~ bentuk alur bijih atau celahan. Perlombongan bijih logam dijalankan di kawasan- kawasan yang mempunyai logam yang banyak dan boleh didapati dengan mudah dan murah. Contohnya, di Afrika Selatan, Perisai Kanada, Daerah Katanga di Congo dan Australia Barat dan Tengah. Terdapat galian-galian seperti bijih besi dan bauksit yang menggalakkan pembentukan perusahaan-perusahaan besar seperti di Timur-laut Amerika Syarikat dan Pennsylvannia. Terdapat juga bijih logam yang dihanyutkan dari tanah tinggi ke dasar sungai. Contohnya timah aluvium, emas dan platinum. Sifat terpilih pengangkutan dan pemendapan air telah mengasing-asingkan bijih dan dimendapkan di dasar-dasar aluvium atau kelikir. Pengasingan ini dipanggil lampan bijih. Contohnya timah aluvium di sepanjang kaki bukit barat Semenanjung Malaysia dan emas aluvium di sungai-sungai di barat daya Amerika Syarikat. Terdapat juga bijih logam yang berpadu dengan unsur-unsur lain. Logam yang berpadu dengan oksigen menjadi oksid timah. Contoh oksid timah seperti kasiterit, mangganam oksid dan feras oksid (limonit, hematit dan magnetit). 
 
 Batu Permata
            Batu metamorfik menghasilkan pelbagai jenis batu permata yang digunakan untuk membuat barang kemas.  Antaranya ialah intan, garnet, delima, nilam dan zirkon.
 

Bentuk Muka Bumi

             Batu-batan lembut seperti tanah liat dan kapur menghasilkan keadaan tanah yang beralun kerana tidak tahan kepada hakisan dan luluhawa manakala batu-batan yang boleh telap air dan larut seperti batu kapur dan kapur mewujudkan permukaan bumi yang gersang dan tandus. Batu-batan keras seperti granit dan batu pasir menghasilkan bentuk muka bumi yang kasap kerana tahan kepada hakisan dan luluhawa dan batu-batan yang berlapis-lapis dengan jaluran jaluran keras dan lembut pula menghasilkan pemandangan darat yang bertingkat-tingkat.
 

 

 [....MENU UTAMA....] [....TAMAT....]